Tuesday, October 27, 2009

Peralatan terkini



Peralatan terkini untuk menangkap ketam.
Baru-baru ini saya menemui peralatan terkini untuk menangkap ketam.
Konsepnya seperti bubu, tetapi di'upgrade'kan agar mangsa lebih
terperdaya untuk memasukinya, lebih tergoda sehingga tidak mahu
keluar daripadanya

Perihal Menjala




Menjala ikan

Menjala adalah salah satu cara menangkap ikan selain dari memancing, memukat, mentaut, membubu dan lain-lain lagi. Menjala ikan telah di lakukan sejak berkurun dahulu.... untuk menjala kita perlu menggunakan jala. Apa itu jala? Jala adalah benang yang di kait rapi hingga berbentuk bulatan dan bila ia dilipat dua, menjadi seakan-akan segitiga. Jarak setiap kaitan benang adalah mengikut saiz. Kecil dan besar. Pada hujung bawah kaitan ini akan diikat dengan gelungan timah kecil diseluruh bulatan jala itu. Gelungan timah ini bertujuan memberatkan jala dan mudah untuk tenggelam bila di tebarkan. Saiz jala juga berbeza-beza dan ia boleh menjangkau 12 kaki panjang.


Menjala bukanlah mudah seperti yang disangka. Perlu ada teknik khas untuk menebarkan jala dengan berkesan. Kekuatan tangan dan kaki amatlah penting. Kaki adalah penting terutamanya jika tebaran jala dibuat ketika seseorang itu juga berada didalam air atau berada diatas perahu. Tangan pula akan memainkan peranan sama ada tebaran itu menjali sempurna atau sebaliknya. Pinggang juga kena kuat... Huh! pendek kata semua anggota badan kena kuat..


Jala mesti disusun elok dilengan dan siku, kemudian pusingkan badan sedikit kebelakang, macam main golf la.. ingat! bukan nak pukul golf saja ada teknik yang betul!.. Ketika jala ditebarkan ia akan kembali berbentuk bulatan. Dikedudukan inilah kaki mesti kuat, kalau tak dengan kita sekali akan jatuh dalam air. Selepas ditebar perlu biarkan jala mendap ke dasar dahulu kemudian baru ditarik perlahan-lah.. lepas tu tengok lah hasilnya.. dapat ikan ke, sampah ke, kayu ke, mayat ke...


Namun tidak saya ketahui asal-usul jala.. siapa dan dimana ia diciptakan, siapa pula yang mula menebarkannya, kaum apakah yang mula menggunakan jala dan pelbagai soalan lagi..

Puisi Bahasa Nelayan

Puisi Bahasa Nelayan

Bahasa ditutur nelayan,
saat melangkah ke laut meramal tengkujuh,
adalah bahasa burung undan,
bahasa ikan tenggiri,
bahasa angin dan ombak,
bahasa pukat dan jaring,
bahasa sotong dan ikan kering.

Bahasa mereka,
saat menyorong hasil ke pasar,
meraih dan memborong,
adalah bahasa daging dan nadi,
bahasa masin peluh,
bahasa panas darah mengalir,
bahasa menghitung memikir.

Bahasa inilah bahasa jerih jelata,
bahasa perit murbawan,
bahasa nurani sukma, bahasa nubari jiwa,
bahasa itulah menjejak cuaca,
membilang angka –
bahasa nelayan.

Puisi ini tersiar di Mingguan Malaysia
bertarikh: 12 Julai 09

Tuesday, October 20, 2009

Salam pengenalan..


Saya ingin memperkenalkan kepada para pelawat blog ini.

Kumpulan Ekonomi Nelayan Parit Karang, Ledang, Johor.
Up post /update akan menyusul kemudian...sekarang ini baru setup jee...
dengar cerita..nak cerita asal usul parit karang...ini nak baru karang laa ini.
sabar yee kawan-kawan...



sekian terima kasih.
daripada tukang setup...